perit sekali membayangkan watak “hidangan” yang dijamah ,dikerat,dicarik
dibahagi dan diperlakukan sesuka hati..
menghayati watak hidangan yang amat kesian bila mana tangan-tangan
rakus itu tiada yang berani menegahnya amat tragis rasanya
bila mana harapan bertukar hampa bila mereka yang diharap
sanggup menjadi pisau dan garfu menyucuk dan menjadi alat
untuk tangan-tangan hina terus gagah mampu merobek jasad hidangan..
“malang dan sengsara umat akhir zaman bagai anak ayam yang kehilangan
ibu (khalifah) bertempiaran dikerjakan musang dan tiada yang membantu”
sakit yang tidak mampu dikesan oleh mana-mana pakar perubatan,virusnya
tidak nyata dalam suluhan teleskop tidak nampak pucat dibibir dan gigil
gegar pada jasad..sakit yang kita kenal dan takut sakit jasad yang membawa
maut,hebatnya mampu membunuh individu..semua kita jadi berjaga-jaga.
sakit yang tidak terzahir sakitnya pada zahir,dalam senyum tawa dalam
kenduri kendara dalam urusan kecil hingga negara dari pekerja hingga pesara
pesakit ini tidak dikuarantin atau terlantar di wad kecemasan bahkan
boleh berlari dan bersukan atau boleh saja bercuti makan-makan.
tiada pantang larang bagi pesakit ini,tiada had gula atau kadar garam
semuanya selamat,sakit ini tidak perlu berpantang larang.juga tiada kapsul
atau cecair lendir untuk ditogok.semua nya bebas dan bahagia seperti
hidup ini anda yang punya.
patutlah tiada manusia endah sakit ini,tiada apa yang perlu diambil cakna
pasal sakit ini..
jika hari ini seorang kaya amat takut kencing manis walaupun memiliki
kilang gula terbesar maka segala dietnya teliti dijaga bimbang kaki kanan
dipotong silap hari bulan boleh potong kain kafan terus..
darah tinggi,lemah jantung bila menyerang boleh mati seseorang itu.
patutlah semua takut dan berjaga-jaga.
tapi sakit ini bila menyerang bukan seorang boleh mati bahkan satu umat
boleh mati.satu umat boleh binasa dan hancur,
bagai virus yang merebak dan membuak-buak, tempat tujunya hati kerana
itulah mahkotanya.bermukim di hati dan menjadi pengawal hati antara
kerja hebat virus ini.
sakit ini dalam bahasa rasul,bahasa nabi yang terbuka ilmu ghaib di depannya
bahasa rasul yang kalam bicaranya hanya wahyu bukan tahyul..
dalam bahasa nabi “hubbul dunya wakarohiyatul maut”
cinta yang mendalam akan dunia akhirnya benci akan kematian,
cinta yang membarah akan keseronokan dunia yang sementara sehingga
membenci kematian yang kononnya penamat segala suka dah bahagia.
sakit yang melihat kematian hujung penamat bagi kehidupan
tiada hari kebangkitan itu yang diimani sedalamnya, kematian yang
memutuskan hubungan keluarga dan segala harta keseronokan,
sakit yang membutakan mata hati dari neraca dosa dan pahala
asalkan bahagia dan berharta itu sahaja mahunya tiada kedua.
inilah hidup sebenar kehidupan.
“alkufr millatul wahidah”
kekufuran itu satu agama sahaja,walau berbeza kepercayaan dan sembahan namun dalam
memerangi islam mereka bersatu!
lihatlah sejarah,rentetan peristiwa,islam diperangi dan diperlakukan semahunya
bila sakit wahn disuntik ke jiwa-jiwa pemimpin umat islam.
p/s:dapat post no:1234 ..kena tunggu bil no:12345 pulak fuhh…
1 Response

p/s:dapat post no:1234
..kena tunggu bil no:12345 pulak fuhh…