Posted by on 12th May 2010

1214:belajar mengajar atau?

Copy dan Paste Code di bawah ke dalam Friendster, Blog dll

    12 Responses

  1. izreen says:

    errr..maaf. boleh explain x? jgn engkau jadi org kelima?

  2. freshie says:

    Boleh jelaskan hadis ini? sy baru 1st time dgr

  3. thahar says:

    Hadith ini selalu didengar di sekolah-sekolah dulu. Siap ada nasyid dia lagi. =)

    Orang kelima itu bermaksud selain dari keempat-empat yang disebut tadi.

    Dahlah tak mengajar,
    Tak belajar,
    Tak dengar orang belajar,
    Tak suka pula nak belajar.

    Maka jadilah dia orang yang kelima. Tak belajar. Tak ada ilmu, binasalah hidup.

    p/s: seperti yang saya difahamkan masa zaman sekolah dulu. Mungkin saudara Menoufiaz boleh terangkan lebih mendalam. =)

    • menoufiaz™ says:

      peringkat manusia itu berbeda..ada mampu bercakap petah lagi berilmu tinggi dan tidak lokek dengan ilmunya bahkan menyampaikannya pula
      maka itulah terbaik dan digesa rasul.merasa beruntung diberi ilmu dan tidak lokek mengajar merata semua untuk tuhan semata.jika ada habuan dunia cukuplah buat bayar minyak kereta.

      ada juga yang tidak mampu memberi namun hasratnya tertunai dengan belajar dan belajar moga satu hari mampu juga memberi dan berkongsi ilmu.
      seleranya pada pengetahuan dilunas dalam taman-taman syurga bertambah tenang batinnya begitu.

      lagi pula ada yang punya kerja dan komitmen sentiasa namun ada ruang tersisa suka juga dia bersimpuh mendengar dalam lembanyung sayap malaikat moga-moga zikir dan istighfar burung dan unggas serta ikan dilaut untuk orang yang belajar dapat dia beroleh sama.

      ada orang lagi ilmunya tak seberapa, belajarnya pula tak jauh mana, tapi kerja dan usahanya tak kenal masa, majlis ilmu dan pengajian jarang dia hadir sama namun niatnya ada sentiasa untuk duduk dengan mereka, dalam sibuk mengurus projek esok dan lusa sempat juga dia hulur bantuan untuk majlis ilmu sebagai tanda cinta. biarlah dia tidak mampu memberi ilmu dan masanya tidak memberi ruang untuk hadir sentiasa namun cintanya pada ilmu buat dia tak sayang harta.

      namun aku jadi sedih dan berduka bila sampai satu berita, mengajar ilmu perlu permit pihak berkuasa sampai digari pun ada,dalam hati aku gundah sentiasa mohon jauh dari golongan kelima kerana pesan rasul kelima itu nasibnya “CELAKA”

  4. menoufiaz™ says:

    اُغْدُ عَالِمًا اَوْ مُتَعَلِّمًا اَوْ مُسْتَمِعًا اَوْ مُحِبًّا وَلاَ تَكُنْ اَلْخَامِسَةَ فَتَهْلَكَ ؛

    - رواه البزار و الطبرانى-

    Artinya: “jadilah orang yang alim (mengajar), atau orang yang belajar, atau orang yang mendengarkan, atau orang yang menyukai, dan jangan engkau menjadi orang yang kelima, maka niscaya engkau binasa.

    (hadist riwayat Al bazzar dan At thabroni dengan kedudukan hasan).

    Dan hadist tersebut juga kelurkan oleh As sayuthi didalam AL JAMI’US shoghir jus 1 halaman 48 dengan kalimat dan derajat hadits yang sama, dari Abi Bakrah.

    Sedikit pencerahan

    islam amat menggalakan umatnya mencari ilmu sehingga ayat pertama diturunkan “bacalah”
    jika dilihat secara asasnya konteks ilmu dalam islam amat berjaga dan berkembang bahkan islam menjadi sumber ilmu di zaman kegemilangannya.

    bersifat terbuka menerima perkembangan ilmu dan tuntutan semasa sehingga kita biasa dengar “hikmah (ilmu pengetahuan,kebijaksanaan dan lain-lain) adalah barang tercicir umat islam maka dimana sekali pun ia temui maka dia adalah lebih berhak keatasnya(hikmah)”

    menyelusiri sejarah awal zaman manusia mula mengkaji ilmu, saat saintis mula berdiskusi dan di sisi lain agama kristian (paderi) bertindak menekan kebangkitan ilmu bahkan membunuh ilmuan kerana bimbang manusia lari dari tuhan(kerana mereka mencipta agama)
    -sekadar memberi contoh beza islam yang fitrah dengan agama ciptaan manusia-

    berbeza dengan islam kerana tuntutan belajar dan mencari ilmu sudah menjadi asas dalam kehidupan muslim- kita juga biasa dengar hadis yang menyebut “sesungguhnya seseorang itu menjadi musuh dengan perkara yang dia jahil”

    bahkan dengan ilmu menjadi pengukur dalam martabat manusia dan hamba.tuhan mengangkat darjat orang berilmu dalam banyak hal dan ayat dalam Al-Qur’an juga kisah menarik bani israel menolak talut menjadi raja yang akan memimpin mereka berperang melawan jalut

    “Bagaimana Talut memperoleh kerajaan atas kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberi kekayaan yang banyak?”, soal mereka.

    “Allah telah memilihnya menjadi raja kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan fizikal. Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki dan Allah Mahaluas, MahaMengetahui”, jawab nabi mereka.
    lihatlah memilih pemimpin bukan pada hartanya bahkan Allah mengajar kita kriteria utama pada memilih pemimpin ialah pada ilmunya.
    dengan ilmu harta sedikit bisa bertambah membiak tapi dengan nafsu pada harta kelak akan susut dan kering.

    seterusnya.
    agak menarik susunan ayat hadis di atas kerana disebut mengajar dahulu kemudian belajar menyebut yang paling tinggi seterusnya kebawah-
    faham disini matlamat dan suruhan islam supaya semua umatnya mampu mengajar kerana setiap orang memikul tanggungjawab dakwah selepas kewafatan baginda rasul.

    baiklah kita pergi satu-satu.

    1-orang alim-
    alim kata yang berasal dari bahasa arab “علم” yang membawa maksud mengetahui adapun dengan tasdid “علّم” bermaksud mengajar atau mendidik

    “عالم ” baca “3a-lim” dengan maksud yang berilmu-saintis dan yang alim(agama)

    ‘alîm (عَلِيْمٌ) yang merupakan ism musyabbahah,
    yaitu orang yang memiliki pengetahuan tentang (hakekat) sesuatu, baik yang bersifat teori ataupun yang bersifat praktis,
    atau orang yang memiliki kemampuan untuk memberikan keputusan terhadap berbagai masalah dengan sebaik-baiknya.
    Bentuk jamak dari kata ‘alîm (عَلِيْمٌ) adalah ‘ulamâ’ (عُلَمَاءُ).

    jadi islam menggesa umatnya menjadi “ulama” dalam segala bidang dan ilmu

    sebarang kesilapan harap ditegur!

    p/s: syukran akh thahar atas pencerahan ;-D

  5. izreen says:

    alhamdulillah. at least I’ve got the idea of this hadith. SYukran :O)

  6. freshie says:

    oh huhu saya bukanlah budak yang belajar di sekolah agama seperti kalian. sbb itu sy bertanya. hmm berkenaan tuntutan mengajar dan belajar Al-Quran spt yg disebut menoufiaz

    dari Surah Al-Imran: ayat 79

    مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَـٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

    Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah.” Akan tetapi (dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani , karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

    Berdasarkan ayat tu, kita mengajarkan Al-Quran setelah kita mempelajarinya. Bermakna kita mengajarkan ilmu yang benar kepada orang lain. Belajar tu intipati kepada mengajarkan.

  7. iman_masni says:

    salam..saya juga tidak tau memgenai golongan orang2 yang terdapat dalam hadith itu..terima kasih atas penjelasan dan huraian saudara menoufiaz..

  8. Tukiran says:

    wowow mantaapp…trims banget udah mampir…wuih gooood banget ni blog

  9. btol 2, tulah seawal bangun pagi penting untuk tetapkan niat. agar perjalanan hari tu, lebih bermakna sebagai hamba ALLAH yang kerdil

  10. zarifa alya says:

    terima kasih cikgu….kerana mendidik kami….saya juga mahu minta maaf kerana kami selalu cuai untukmu….dengan ini saya berjanji akan belajar bersungguh sungguh….ini sahaja….
    DEMI MU GURUKU
    WASSALAM….

Post your comments