selamat bpose semua umat Islam…
jgan sia2kn 30hari…pbnykkn amalan..
syaitan da kene jail..
tp..2 la kn.. nafsu,sifat malas selalu je ikut kite…supaya kite lalai…
jom!..same2 la kite melawannye…
salam Ramadhn..
memang syaitan da kne ikat tpi nafsu lain msih berleluase….jd berhati-hati dan bersabar lah dalam menangani dugaan di bulan mulia ini agar ibadah kita diterima -Nya..insyAllah..
kenapa bila sebut nafsu selalu nampak yang evil je..?
sedangkan asalnya nafsu ada bnyak peringkat..
1) Nafsu Ammarah
Peringkat nafsu ini merupakan peringkat nafsu yang paling hina dan jahat. Nafsu Ammarah tidak menyuruh sesuatu pun pada diri kita kecuali kepada kejahatan.
Orang yang berada di tahap nafsu ini telah dikuasai oleh hawa nafsunya. Apabila nasfu menguasai, maka segala perbuatan dan perkataannya sentiasa terdorong kepada kejahatan dan kederhakaan kepada Allah. Allah menyatakan kejelekan nafsu ini dengan
Firman-Nya: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.(yusuf:53).
Sekiranya kita berada di tahap nafsu ini maka celakalah kita.
Sebabnya kita tidak akan terlepas daripada seksaan api Nereka Allah. Ini adalah kerana tiada kebaikan pada diri kita. Nafsu diperingkat ini memiliki hati yang penuh dengan sifat-sifat mazmumah Seperti sombong, dengki, mengumpat, mengadu domba, dendam, menghina, riak, ujud, sum’ah, pemarah, pemalas, kuat tidur, kuat makan, malas beribadah, suka kepada kesoronokan dan sebagainya. Mereka telah menjadi hamba nafsu bukannya menjadi hamba Allah.
2) Nafsu Lawwamah
Peringkat nafsu ini lebih baik sedikit daripada nafsu Ammarah.
Peringkat nafsu ini, telah pun menyedari keburukan sifat-sifat yang bersarang dihatinya. Telah berusaha bermujahadah menentang segala sifat buruk itu.
Mereka telah memiliki ‘iman ilmu’ dengan cara mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan Islam. Ini tidak juga menjamin mereka beramal dengan apa yang mereka ketahui.
Kadang-kadang kejahatan ulama-ulama dan dosa yang mereka lakukan melebihi kejahatan yang dilakukan oleh orang jahil. Mereka yang bernafsu lawwamah telah pun melakukan mujahadah menentang sifat-sifat buruk itu, tetapi sering tewas oleh bujukan hawa nafsunya sendiri.
Bila menyedari kesilapan, mereka menyesali atas kejahatannya, tetapi mengulanginya kembali disebabkan desakan nafsunya melebihi keimanannya. Peringkat nafsu ini boleh berlaku kepada mereka yang sudah bergelar ustaz, ustazah, kadhi, mufti, ulama, tok guru dan professor.
Ilmu yang banyak tidak dapat menjamin keselamatan dan terpelihara daripada pujukan nafsunya sendiri. Setiap ilmu yang ada hendaklah diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan (istiqamah) disamping berusaha dengan tekun melawan kehendak nafsu yang hina.
Dengan cara inilah nafsu jahat kita akan berubah sedikit demi sedikit menaiki tangga nafsu yang lebih baik dari sebelumnya. Tanpa perubahan yang dilakukan , mereka masih tercela dan dimurkai Allah, kerana orang yang bernafsu lawwamah masih tidak selamat dari Neraka Allah.
3) Nafsu Mulhamah
Latihan yang sistematik dan istiqamah dalam mengikis sifat-sifat kesyaitanan dan kebinatangan (sifat mazmumah) akan menyucikan hati kita. Hati ibarat sebagai satu bekas, mestilah kosong dari sifat-sifat mazmumah (tercela), supaya hati itu dapat pula diisi dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji).
Jiwa yang bernafsu Mulhamah adalah jiwa yang mula menampakkan keelokan pada jiwa itu. Orang yang bernafsu Mulhamah mula mendapat ilmu-ilmu terus dari Allah yang disebut ‘Ilham’atau ‘Laduni’.
Firman Allah Taala:
Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikan (Allah) lalu diilhamkan kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorkannya.
(As-Syam: 7-10)
Tahap nafsu ini merupakan tahap pertama dalam memasuki sempadan kewalian.
Oleh kerana itu kita seharusnya berada paling minimanya di tahap nafsu ini. Walau bagaimana pun kita janganlah terus berada diperingkat nafsu ini, kerana orang yang berada diperingkat nafsu ini belum lagi mantap.
Jiwa perlu digilap dan ditingkatkan lagi agar ia dapat mendaki nafsu yang lebih tinggi.
4) Nafsu Mutma’innah
Sekiranya kita berada diperingkat nafsu ini, barulah kita akan terselamat dari seksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah Taala.
FirmanNya berbunyi:
Wahai jiwa yang tenang (nafsu muta’innah) kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyuargaKu.
(Al-Fajr: 27-30).
Merupakan peringkat permulaan untuk menuju kepada Allah.
Tetapi awas kita akan jatuh juga di dalam tipuan-tipuan yang tersangat halus, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Di antara penipuan-penipuan itu ialah seperti syirik khafi (syirik yang tersembunyi), cintakan kedudukan dan pangkat.
Orang yang bernafsu mutma’innah ini dari segi zahirnya nampak cantik iaitu bersifat yang mulia lagi terpuji seperti pemurah, lemah-lembut, bertawakal, zuhud, warak, syukur, sabar, redha. Tersingkap kepada mereka akan rahsia-rahsia ketuhanan, bahkan telah terjadi kepadanya perkara-perkara pelik dan sebahagian dari keramat-keramat.
Ia merasakan dirinya telah dinaikkan maqam Iman Al A’zam (Iman Besar). Inilah sebahagian daripada penipuan-penipuan yang perlu kita berhati-hati.
dan banyak lagi peringkat nya… bersamalah kita berusaha kearahnya..
kerana manusia lebih mulia dari malaikat bila mereka diberikan nafsu lalu mereka mengawalnya dengan akal..
namun tidak kurang yang hina lebih lagi dari binatang bila akal ditunggang dibelakang..
ermm.. semoga ramadahan kali ini kita sama2 bermuhasabah diri kearah yang lebih baik.. ^^
assalamualaikum….menoufiaz….boleh saya tahu di mana sdara mendapat info mengenai nafsu yg disebutkan???
saya menghadapi kesukaran menemukannya….maaflah….saya agak rendah ilmu agama…dan ingin mengetahui…
>>afif iza..awk boleh search google “peringkat nafsu” banyak result yg keluar..
saya tak letakkan 1 sumber je..awk boleh explore sendiri lagi banyak ilmunya…
>>emeralda,wEfAdA,masyitah..insyaAllah.. print pun cantik tu.. letak kat bus stop ke,kedai makan ke.. etc..
kira serampang 18 mata la..boleh promote iluvislam skali..
wah banyak la pahala orang yang print ni..sorang tengok dapat peringatan dah dapat pahala..kalu seratus,seribu.. wah senang betul nak wak pahala kan..
17 Responses
salam.. jika berminat untuk spread iklan ni boleh klik kat link atas tu (poster)
asalnya untuk wallpaper tapi agak serabut untuk dijadikan wallpaper..
jika anda tak kisah(suka serabut atau menyerabut) boleh je wak wallpaper pc anda..
versi e-kad ni agak blur..entah mungkin saiz yang kecil setelah beberapa kali edit ..rasanya ini yang terbaik (walaupun masih blur) =.=’
akhirnya “salam ramadahan semua.. buat yang terbaik ye..biar dapat ijazah TAQWA..”
selamat bpose semua umat Islam…
jgan sia2kn 30hari…pbnykkn amalan..
syaitan da kene jail..
tp..2 la kn.. nafsu,sifat malas selalu je ikut kite…supaya kite lalai…
jom!..same2 la kite melawannye…
salam Ramadhn..
wow! valuable advertisement…
kene tampal kt traffic light nih=b
huhuhu=b
memang syaitan da kne ikat tpi nafsu lain msih berleluase….jd berhati-hati dan bersabar lah dalam menangani dugaan di bulan mulia ini agar ibadah kita diterima -Nya..insyAllah..
salam. ape yg blur. vector image kan. ok dh tu. lias mu boleh jadi designer advertisement kalu giniey
kenapa bila sebut nafsu selalu nampak yang evil je..?
sedangkan asalnya nafsu ada bnyak peringkat..
1) Nafsu Ammarah
Peringkat nafsu ini merupakan peringkat nafsu yang paling hina dan jahat. Nafsu Ammarah tidak menyuruh sesuatu pun pada diri kita kecuali kepada kejahatan.
Orang yang berada di tahap nafsu ini telah dikuasai oleh hawa nafsunya. Apabila nasfu menguasai, maka segala perbuatan dan perkataannya sentiasa terdorong kepada kejahatan dan kederhakaan kepada Allah. Allah menyatakan kejelekan nafsu ini dengan
Firman-Nya: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.(yusuf:53).
Sekiranya kita berada di tahap nafsu ini maka celakalah kita.
Sebabnya kita tidak akan terlepas daripada seksaan api Nereka Allah. Ini adalah kerana tiada kebaikan pada diri kita. Nafsu diperingkat ini memiliki hati yang penuh dengan sifat-sifat mazmumah Seperti sombong, dengki, mengumpat, mengadu domba, dendam, menghina, riak, ujud, sum’ah, pemarah, pemalas, kuat tidur, kuat makan, malas beribadah, suka kepada kesoronokan dan sebagainya. Mereka telah menjadi hamba nafsu bukannya menjadi hamba Allah.
2) Nafsu Lawwamah
Peringkat nafsu ini lebih baik sedikit daripada nafsu Ammarah.
Peringkat nafsu ini, telah pun menyedari keburukan sifat-sifat yang bersarang dihatinya. Telah berusaha bermujahadah menentang segala sifat buruk itu.
Mereka telah memiliki ‘iman ilmu’ dengan cara mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan Islam. Ini tidak juga menjamin mereka beramal dengan apa yang mereka ketahui.
Kadang-kadang kejahatan ulama-ulama dan dosa yang mereka lakukan melebihi kejahatan yang dilakukan oleh orang jahil. Mereka yang bernafsu lawwamah telah pun melakukan mujahadah menentang sifat-sifat buruk itu, tetapi sering tewas oleh bujukan hawa nafsunya sendiri.
Bila menyedari kesilapan, mereka menyesali atas kejahatannya, tetapi mengulanginya kembali disebabkan desakan nafsunya melebihi keimanannya. Peringkat nafsu ini boleh berlaku kepada mereka yang sudah bergelar ustaz, ustazah, kadhi, mufti, ulama, tok guru dan professor.
Ilmu yang banyak tidak dapat menjamin keselamatan dan terpelihara daripada pujukan nafsunya sendiri. Setiap ilmu yang ada hendaklah diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan (istiqamah) disamping berusaha dengan tekun melawan kehendak nafsu yang hina.
Dengan cara inilah nafsu jahat kita akan berubah sedikit demi sedikit menaiki tangga nafsu yang lebih baik dari sebelumnya. Tanpa perubahan yang dilakukan , mereka masih tercela dan dimurkai Allah, kerana orang yang bernafsu lawwamah masih tidak selamat dari Neraka Allah.
3) Nafsu Mulhamah
Latihan yang sistematik dan istiqamah dalam mengikis sifat-sifat kesyaitanan dan kebinatangan (sifat mazmumah) akan menyucikan hati kita. Hati ibarat sebagai satu bekas, mestilah kosong dari sifat-sifat mazmumah (tercela), supaya hati itu dapat pula diisi dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji).
Jiwa yang bernafsu Mulhamah adalah jiwa yang mula menampakkan keelokan pada jiwa itu. Orang yang bernafsu Mulhamah mula mendapat ilmu-ilmu terus dari Allah yang disebut ‘Ilham’atau ‘Laduni’.
Firman Allah Taala:
Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikan (Allah) lalu diilhamkan kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorkannya.
(As-Syam: 7-10)
Tahap nafsu ini merupakan tahap pertama dalam memasuki sempadan kewalian.
Oleh kerana itu kita seharusnya berada paling minimanya di tahap nafsu ini. Walau bagaimana pun kita janganlah terus berada diperingkat nafsu ini, kerana orang yang berada diperingkat nafsu ini belum lagi mantap.
Jiwa perlu digilap dan ditingkatkan lagi agar ia dapat mendaki nafsu yang lebih tinggi.
4) Nafsu Mutma’innah
Sekiranya kita berada diperingkat nafsu ini, barulah kita akan terselamat dari seksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah Taala.
FirmanNya berbunyi:
Wahai jiwa yang tenang (nafsu muta’innah) kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyuargaKu.
(Al-Fajr: 27-30).
Merupakan peringkat permulaan untuk menuju kepada Allah.
Tetapi awas kita akan jatuh juga di dalam tipuan-tipuan yang tersangat halus, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Di antara penipuan-penipuan itu ialah seperti syirik khafi (syirik yang tersembunyi), cintakan kedudukan dan pangkat.
Orang yang bernafsu mutma’innah ini dari segi zahirnya nampak cantik iaitu bersifat yang mulia lagi terpuji seperti pemurah, lemah-lembut, bertawakal, zuhud, warak, syukur, sabar, redha. Tersingkap kepada mereka akan rahsia-rahsia ketuhanan, bahkan telah terjadi kepadanya perkara-perkara pelik dan sebahagian dari keramat-keramat.
Ia merasakan dirinya telah dinaikkan maqam Iman Al A’zam (Iman Besar). Inilah sebahagian daripada penipuan-penipuan yang perlu kita berhati-hati.
dan banyak lagi peringkat nya… bersamalah kita berusaha kearahnya..
kerana manusia lebih mulia dari malaikat bila mereka diberikan nafsu lalu mereka mengawalnya dengan akal..
namun tidak kurang yang hina lebih lagi dari binatang bila akal ditunggang dibelakang..
ermm.. semoga ramadahan kali ini kita sama2 bermuhasabah diri kearah yang lebih baik.. ^^
salam ziarah~
kreatif sgt wallpaper tu…
mane dpt idea?
chantek, tersusun n mudah fhm~
heee~
assalamualaikum….menoufiaz….boleh saya tahu di mana sdara mendapat info mengenai nafsu yg disebutkan???
saya menghadapi kesukaran menemukannya….maaflah….saya agak rendah ilmu agama…dan ingin mengetahui…
tahiniah di ats kejayaan awk menyiapkan poster di ats…hope bermanfaat..
subhanallah walhamdulillah…
poster yang bagus.kalaulah boleh ditampal jadi papan tanda?
lagi ramai yg boleh baca
>>perrosilent.. syukran datang lagi ye.
>>afif iza..awk boleh search google “peringkat nafsu” banyak result yg keluar..
saya tak letakkan 1 sumber je..awk boleh explore sendiri lagi banyak ilmunya…
>>emeralda,wEfAdA,masyitah..insyaAllah.. print pun cantik tu.. letak kat bus stop ke,kedai makan ke.. etc..
kira serampang 18 mata la..boleh promote iluvislam skali..
wah banyak la pahala orang yang print ni..sorang tengok dapat peringatan dah dapat pahala..kalu seratus,seribu.. wah senang betul nak wak pahala kan..
very creative … bagus sekali
salam..nice design
but to be accurate, sepertimana yg disebut dlm surah alqadr..
1 malam lebih baik dari 1000 bln..
bukannya 1 malam = 1000 bulan..
ada beza sikit..
that’s all =) wallahua’lam